Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Ini Versi Keterangan Mangsa Vs Pemandu Bas

today11 June 2025

Background


Menerusi laporan Harian Metro, salah seorang mangsa yang terselamat, Lili Suzana memberitahu dia telah memberi amaran bahawa bas tersebut dipandu terlalu laju.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang berkesempatan bertemu mangsa, dia sudah menegur pemandu bas tetapi tidak diendahkan.

“Dia (Lili Suzana) berkata pemandu memandu laju dan dia menegur pemandu berkali-kali supaya tidak memandu dengan laju.

“Dia masih trauma. Dalam situasi sebegitu, sesiapa pun pasti akan trauma, apatah lagi apabila kenderaan terbalik.

“Kita dapat lihat kesan trauma itu dengan jelas, jadi kita tawarkan khidmat kaunseling kepada mangsa dan juga ahli keluarga mereka,” kata Noraini.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post