Menerusi video di akaun Facebook Yu KH, kelihatan dua wanita yang menaiki kereta jenis Proton Saga dilihat keluar dari kenderaan mereka sebaik sahaja ternampak sebuah Perodua Kancil berhenti di tengah jalan.
Walaupun hujan sedang turun, mereka terus ke arah kereta tersebut dan membantu lelaki warga emas itu menolak kenderaannya ke tepi jalan.
“Memang teruja ambo dengan keprihatinan dua orang gadis dalam Saga yang sanggup keluar semasa hujan untuk menolong pakcik menolak kereta Kancil yang rosak ke tepi jalan sebelum berlari kembali ke kereta mereka semula,” tulis di kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengan pujian yang diberikan, memuji sikap spontan, berani dan prihatin dua wanita berkenaan yang dipercayai berasal dari Kelantan.