Ibu kepada pelakon terkenal, Fattah Amin iaitu Azizah mencuri tumpuan selepas meninggalkan komen di salah satu hantaran milik penyanyi, Amira Othman.
Menerusi hantaran terbaru di Instagram (IG), Amira memuat naik foto memaparkan dirinya memakai jubah Abaya dipadankan dengan tudung berona sama iaitu merah jambu.
Apa yang mencuri perhatian adalah akaun IG ibu Fattah iaitu Azizah Abdul Ghani meninggalkan dua komen di perkongsian tersebut.
Komen pertama emoji hati berwarna biru, manakala komen kedua Azizah memuji kecantikan pelantun lagu popular Hati Hati itu.
“Cantiknya,” tulisnya.
Amira dengan spontan membalas komen tersebut dengan mengusik sama ada benar ibu Fattah yang meninggalkan komen itu atau sebaliknya
“Terima kasih ibu ke anak ibu ni? Confuse lah *buat-buat confuse,” tulisnya.

Terdahulu, tular di platform TikTok, ibu Fattah Amin sedang memperkenalkan Amira kepada beberapa individu yang dipercayai saudara-mara aktor tersebut.