Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Fikry Ibrahim Buat Shout Out Di Instagram Story – “Nantikan Sabtu Ini, Ada Pengumuman Guys!”

today3 July 2025

Background

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim mencuri tumpuan selepas memberi bayangan akan ada pengumuman penting daripada Melodi TV3 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Fikry atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 35, berkongsi perkara tersebut menerusi perkongsian dimuat naik di Instagram Story (IGs), sebentar tadi.

“Sabtu ini ada sesuatu daripada Melodi TV3 untuk anda, benda yang luar biasa. Nantikan Sabtu ni, ada pengumuman guys!” katanya.

Sebelum ini, nama isteri Fikry, Siti Khalizah Alihan menjadi tumpuan apabila didakwa hadir ke Mahkamah Syariah dipercayai untuk memfailkan perceraian, meskipun usia perkahwinan mereka baru empat bulan.

Namun, Fikry dalam satu temu bual bersama program Melodi TV3 menepis khabar angin tersebut dan menjelaskan rumah tangga mereka masih dalam keadaan baik.

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Tarik Balik Permohonan Cerai” – Peguam Nafi Dakwaan Fikry Ibrahim

Artikel Berkaitan: Pakai ‘Hoodie’ Tapi Tayang Rambut… Imej Isteri Fikry Ibrahim Curi Tumpuan

Written by: Salma


Previous post