Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Fara Salleh ‘Naik Hantu’, Lepas Geram Terhadap Keluarga Mentua

today9 July 2025

Background

“Semoga aku tak gagal jadi ibu bapa seperti kau orang,”.

Demikian respons bekas isteri kepada pelawak dan pengacara, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh apabila dia dilihat meluahkan rasa kecewanya selepas ibu bapa mentuanya bertindak mendiamkan diri dan tidak menjenguk cucu mereka.

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan di ruangan Instagram Story (IGS), Fara berkata, keluarga mentuanya itu langsung tidak mempunyai belas kasihan.

“Encik Sahar dan Puan Ainun, aku dah selamat lahirkan cucu kau. Nama dia Elaine Nada.

“Perut aku kena siat tujuh lapis nak keluarkan cucu kau ni. Tak nak datang tengok ke? Anak kau mana Encik Sahar. Dia tak nak tengok ke?

“Cakap dekat anak kau, tak payah risau barang anak semua aku uruskan. Tak ada satu pun dia uruskan. Aku bersalin pun sendiri jangan risau tak ada benda pun yang aku nak susahkan anak kau.

“Cuma kau berhati perut sikitlah. Masa aku jadi menantu kau dulu siapa yang tunggu kau berjam-jam dekat hospital uruskan kau? Tolak kerusi roda kau? Urus barang dapur?

“Kalau aku tahu kamu semua perangai macam ni, baik aku tolak je wheelchair tu ke sungai. Teruk betul perangai keluarga kamu ni. Semoga aku tak gagal jadi ibu bapa seperti anda semua,”katanya.

Tidak habis disitu, Fara mengingatkan agar bekas suaminya itu tidak culas untuk hadir ke mahkamah atas urusan pendaftaran pada 5 Ogos depan termasuklah memberi amaran kepada Shuk agar tidak memberi sebarang ugutan kepadanya.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga bersama Shhuk pada November 2023.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama, Elaine Nada.

Bagaimanapun, Shuk didakwa telah melafazkan talak  satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.

 

Written by: Aqilah


Previous post