Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Untung Tak Perlu Keluar Duit Sendiri” – Qadejah Anak Aliff Syukri Tak Kisah Kahwin Usia 40-an

today18 July 2025

Background

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Qadejah El Zahra, 15, mencuri perhatian ramai apabila secara terbuka menyatakan enggan berkahwin pada usia muda.

Menerusi satu klip siaran langsung di TikTok, Qadejah berkata kehidupannya kini sudah selesa tanpa memerlukan komitmen besar.

“Saya akan duduk rumah ini sampai 30 tahun. Saya tak nak kahwin. Baik saya duduk dengan abah, tak payah bayar bil api air. Kalau saya nak baju, saya minta mama,” katanya.

Menurut Qadejah, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga hanya selepas usia 40-an, kerana mahu fokus kepada pelajaran dan impian untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

“Kenapa saya perlu duduk dengan orang lain kalau saya ada mama dan abah? Saya lebih rela tinggal di sini, belajar dan capai impian dulu. Kalau nak kahwin pun tunggulah umur 45 tahun nanti,” jelasnya.

Qadejah menegaskan dia tidak perlukan mana-mana lelaki untuk membiayai kehidupannya kerana mempunyai bapa yang mampu menyediakan segala keperluan.

“Saya tak rugi pun. Malah saya untung sebab tak perlu keluar duit sendiri. Saya tak akan minta lelaki yang saya tak kenal untuk tanggung saya. Kalau nak apa-apa, saya minta dengan abah saja,” katanya lagi.

@me_media33

😂Lawak – Khadijah Chess Cakap Taknak Kawin😂 #cess #terlajaklaris #tiktok #viral #gosip #malaysia #fyp

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

 

Written by: Salma


Previous post