Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Orang Tanya YB Sayang Saya Ke Tak? ” – Usikan Bella Astillah, Syed Saddiq Di Sesi Live Jadi Sorotan

today21 July 2025

Background

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mencuri perhatian selepas sesi siaran langsung bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kembali menjadi sorotan.

Menerusi perkongsian di TikTok, kedua-dua pasangan ini sedang mempromosikan minyak wangi yang mana kedua-duanya menjadi duta bagi produk tersebut.

“Orang tanya YB sayang saya ke tak? Ya Allah, YB sayang semua orang.

“Dia kan YB, dia sayang semua rakyat dia… Bella kan rakyat? Betul tak,” katanya.

Enggan berdiam diri, Saddiq bagaimanapun membalas kenyataan tersebut dengan mengusik Bella.

“So lepas ni memang sesiapa wanita-wanita di luar sana yang komen, memang saya sayang lah.

“You kena terima sahaja lah. Sebab semua rakyat,” balasnya.

Seakan kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan, Bella bagaimanapun menjelaskan, dia tidak merajuk dengan kenyataan tersebut.

“Okay je? nak buat macam mana.

“Saya tak merajuk pun, takkan lah nak merajuk benda-benda macam tu, ‘petty’nya,” jelas bella.

Namun, Saddiq yang kelihatan terhibur melihat gelagat Bella sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa menjadi lelaki bukanlah sesuatu yang mudah.

“Haa, tengok. Dah makan diri kan? Nanti tolong screen video rekod ya.

“Tengok dia yang cakap, saya yang kena marah. Ini masalahnya, susah jadi lelaki.

“Dia cakap macam ni sekarang, kejap lagi habislah. Habis live dia terus bebel,” ujarnya.

 

Written by: Salma