Anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu Nina Sabrina Ismail Sabri berkongsi momen ketika dia memberitahu suami, Hafiz Osman tentang kehamilannya.
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Dedah Jeanelle Paling Teruja Bakal Dapat Adik Lelaki
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Suka Dengar Jeanelle Cakap Bahasa Melayu – ‘Dulu Macam Membebel Dengan Pintu’
Momen lucu

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Threads, Nina berkata, dia sedang berada di Jepun ketika mengetahui bahawa dirinya berbadan dua.
Ketika saya dapat tahu yang saya hamil, kami berada di Jepun.
Untuk kepastian, saya buat ujian tiga kali sebelum beritahu Hafiz.
Nina kemudian menceritakan momen lucu ketika memberitahu suami tentang kehamilannya.
Petang itu kami ke kafe kegemaran, hanya kami berdua saja.
Saya hulurkan beg kertas yang berisi alat ujian kehamilan itu.
Dia pandang saya dengan terkejut lalu berkata, ‘awak positif Covid? Jadi esok kita tak boleh fly balik…