Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Sharifah Sakinah Mahu Cari Tukang Urut Tak Banyak Mulut, Netizen Cadang Cuba Khidmat Di Penjara Kajang

today21 November 2025

Background

Pelakon Sharifah Sakinah mencuri perhatian warganet apabila meluahkan keinginannya untuk mencari tukang urut yang tidak banyak bercakap sepanjang sesi rawatan dijalankan.

Menerusi perkonsgian di Threads, Sakinah berkata, dia hanya mahukan sesi urutan yang ringkas, profesional dan bebas daripada ‘ceramah percuma’.

“Sedang mencari tukang urut yang tak banyak cakap. Bila urut tak banyak keluar angin, sendawa depan muka saya.

“Urut, payment, balik. Tak nak sesi sharing apa-apa topik.

“Urut je, jangan kata pegang sini ada penyakit ini, penyakit itu. Jangan terpaling doktor dan bomoh,” katanya.

Meksipun berseloroh, hantaran berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan luahan peribadi Sakinah.

Bahkan, terdapat segelintir peminat meninggalkan komen sekali gus mencadangkan agar Sakinah mendapatkan khidmat urutan di Penjara Kajang.

Ini kerana, selain harga yang murah perkhidmatan di sana juga amat memuaskan.

Written by: Salma


Previous post