Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Badan Berisi Disangka Hamil, Janna Nick: “Warganet Kena Belajar Mendoakan Bukan Buat Spekulasi”

today1 December 2025

Background

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick menegur sikap segelintir netizen yang suka membuat andaian melulu mengenai perubahan bentuk badannya sehinggakan ada yang mendakwa dia kini sedang hamil.

Menerusi perkongsian di Instagram, Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah Muner, 30, dan suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzmann berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan kedua-duanya sedang berada di sebuah gim.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian tersebut, Janna memaklumkan, dia bukanlah hamil seperti yang didakwa.

“Harap menjawab komen…. “berseri, mesti mengandung”,  “aku syak dia mengandung”, “sebagai orang yang pernah mengandung, aku tau Janna tengah pregnant”,  “tembam, mesti ada isi” atau “nampak macam baby bump”. Doakan okay, bukan agak-agak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dalam pada itu, Janna turut mengingatkan sekali gus menitipkan pesan agar netizen belajar untuk mendoakan kebaikan orang lain daripada terus membuat spekulasi yang tidak benar.

“Netizen kena belajar mendoakan bukan buat spekulasi,” tegasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut tampil mempertahankan aktres itu apatah lagi memahami perasaannya yang sehingga kini masih dalam proses ‘try to conceive’ (TTC).

Written by: Salma


Previous post