
Umno perlu mengambil pendirian tegas dan bukan hanya mengharapkan tindakan Umno bahagian Puchong yang ‘mampu mengiau seperti kucing rumah’ terhadap kenyataan Ahli Parlimen DAP Yeo Bee Yin kepada Najib Razak, kata pemimpin MCA Ti Lian Ker.
Ti menyifatkan tindakan bahagian itu memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘tidak bertaring’, sambil berkata ia tidak mengubah apa-apa di peringkat persekutuan dan negeri, serta tidak memberi kesan kepada DAP di Puchong.
“Tindakan ini bukan sahaja gagal ‘melukakan’ DAP, malah tidak mampu mencalar Yeo,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Merujuk kepada kemenangan Yeo pada PRU lalu dengan majoriti besar 57,957 undi di Puchong, bekas naib presiden MCA itu berkata Umno sepatutnya bertindak di peringkat nasional, bukannya melalui protes lemah di bahagian.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: