
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan seorang bekas menteri yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM5 juta serta kereta mewah melibatkan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.
Menurut sumber, SPRM mendapat makluman bahawa menteri itu telah menerima wang daripada satu syarikat pemaju, manakala kereta mewah berjenama Lamborghini diterima daripada satu syarikat pembuat papan iklan.
“Bekas menteri berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini bagi dirakam keterangan dan siasatan sedang diperingkat untuk mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.
“Bagi kes tanah pula, siasatan awal mendapati tanah-tanah yang sebelum ini digazetkan untuk pembinaan surau telah dipindah milik kepada satu syarikat proksi,” katanya.
Keterangan turut dirakam daripada 16 saksi, terdiri daripada kakitangan…