Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki maut dengan 11 kesan tikaman, teman serumah ditahan

today31 December 2025

Background


tikam stab
Dua teman serumah mangsa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. (Gambar fail)
PETALING JAYA:

Seorang lelaki ditemui maut dengan 11 kesan tikaman pada badan di sebuah pangsapuri di Mantin, kira-kira jam 11 pagi semalam, disyaki dilakukan teman serumah.

Ketua Polis Daerah Nilai Johari Yahya berkata, dua suspek yang juga teman serumah mangsa ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan di lokasi kejadian, petang semalam.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerima satu laporan berhubung kejadian kematian seorang lelaki warga tempatan yang ditemui di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Damai Ria, Mantin.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, polis menjalankan siasatan awal di lokasi kejadian dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membabitkan kes bunuh.

“Hasil siasatan lanjut membawa kepada tangkapan dua lelaki tempatan di lokasi kejadian jam 5.15 petang semalam bagi membantu siasatan,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post