
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata usaha untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) tidak akan menjejaskan kestabilan kerajaan perpaduan.
Menyifatkan MN – satu pakatan pilihan raya ditubuhkan PAS dan Umno pada 2019 – sebagai tidak serius, Anwar berkata ia merupakan keputusan parti masing-masing.
“Tapi yang penting, sekarang, kerajaan perpaduan masih utuh dan semua telah berikan pendiran mereka untuk menumpukan perhatian dalam pertumbuhan ekonomi, pembelaan nasib rakyat sehingga pilihan raya akan datang.
“Jadi soal orang yang ada idaman dan igauan, soal dia bercerai-berai, itu bukanlah masalah saya,” katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Jumhuriah, Petaling Jaya.
Pada 28 Dis lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor meminta ahli dan penyokong Umno supaya menghidupkan semula semangat MN sebagai asas perpaduan…