Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Mulakan Tahun Baharu 2026 Dengan Nedim Nazri, Nadia Brian Luah Rasa Syukur

today2 January 2026

Background

Pelakon, Nadia Brian tidak lagi berselindung mengenai hubungan istimewanya bersama kekasih hati, Nedim Nazri.

Menerusi perkongsian di Threads, Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, memuat naik fotonya bersama Nedim dipercayai ketika mereka menyambut perayaan tahun baharu 2026 bersama.

Dengan ringkas, Nadia meluahkan rasa syukur memasuki tahun baharu bersama cinta hatinya, Nedim.

“Grateful to start new year with you,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menasihati Nedim untuk menjaga hati Nadia dengan sebaiknya.

Artikel Berkaitan: “She Is The Reason My Bad Days Don’t Win” – Saling Berbalas Hantaran, Nedim Nazri & Nadia Brian Makin ‘Open’

Artikel Berkaitan: “Kami Dalam Proses Kenali Hati Budi” – Nadia Brian Akui Baru Sebulan ‘Berkawan’ Dengan Nedim Nazri

Written by: Aqilah