Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak perlu PRK, Razali kekal Adun walau didenda mahkamah RM2,000

today7 January 2026

Background


Razali Idris
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan denda RM2,000 ke atas Adun Kijal Razali Idris pada Isnin lalu kerana membuat kenyataan berbaur hasutan tiga tahun lalu.
PETALING JAYA:

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd Nor Hamzah, berkata Adun Kijal, Razali Idris tidak hilang kelayakan wakil rakyat selepas didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Isnin lalu atas kesalahan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

“Razali yang juga exco kerajaan negeri kekal sebagai Adun dan tiada keperluan mengisytiharkan kekosongan kerusi bagi membolehkan PRK diadakan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan di laman sosial kerusi DUN Kijal kosong dan PRK perlu diadakan ekoran keputusan mahkamah pada Isnin lalu.

Razali didapati bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan menerusi ucapan pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PRK Kemaman pada 10 Nov 2023.

Ketua Bersatu Terengganu itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post