
Mahkamah Tinggi Kangar di Perlis menetapkan 25 Feb ini untuk untuk pengurusan kes saman pemula yang difailkan tiga bekas Adun PAS terhadap Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan yang mengisytiharkan kekosongan luar jangka di kerusi mereka.
Hakim Mohamad Abazafree Mohd Abbas menetapkan tarikh itu semasa kes disebut di hadapannya hari ini, lapor Bernama.
Bekas Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim; Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Saad Seman (Chuping) itu diwakili peguam Mohd Jamil Yaacob.
Rus’sele dan DUN Perlis diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri, Yang Zaimey Yang Ghazali dan Penolongnya Che Rohana Ismail.
Mereka memfailkan saman itu pada 2 Jan lalu, memohon keputusan pengosongan kerusi DUN diwakili adalah di luar aturan, terbatal, tidak sah…