Pierre Gasly intai kerjaya masa depan dalam dunia fesyenPierre Gasly, pelumba Formula 1 Alpine, dilaporkan sedang meninjau peluang untuk menceburi dunia fesyen pada masa hadapan.Gasly yang sering menunjukkan minatnya terhadap fesyen di paddock, berkongsi dalam temubual F1 Off The Grid bersama Lawrence Barretto bahawa minatnya semakin meningkat selepas berpindah ke Milan.”Saya pasti akan terjun ke dunia ini suatu hari nanti,” katanya. “Saya suka kreativiti di sebaliknya, dan itu sebabnya, pada akhirnya, saya ingin meneroka dunia lain.”Pertama kali saya sampai ke Milan, setiap lelaki, setiap wanita, saya cuma terpesona dan berkata, ‘Betapa cantiknya orang-orang ini?’ Gayanya, semua sangat elegan. Dari umur 15 hingga 75 tahun, saya lihat nenek-nenek paling bergaya berjalan di sekitar bandar,” tambah pelumba Perancis itu sambil tersenyum.”Apabila berada di Milan, apabila keluar, anda kena pastikan pakai sesuatu yang cantik.”Gasly sebelum ini turut mengakui pengaruh juara tujuh kali,…