Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga emas ditahan acu pistol mainan di lebuh raya

today11 January 2026

Background


Warga emas itu ditahan selepas klip video menunjukkan seorang pemandu SUV merah mengacu pistol mainan di lebuh raya.
PETALING JAYA:

Seorang warga emas ditahan kerana mengacu pistol mainan ke arah seorang pemandu kereta di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat Kuala Lumpur.

Ketua Polis Brickfields, Hoo Chan Hook, berkata lelaki 60 tahun itu mengakui berang dengan tindakan pemandu sebuah kereta yang memotong kenderaannya tanpa memberi isyarat lampu.

“Suspek tak puas hati dan potong balik. Semasa suspek potong balik, pemandu tersebut turunkan tingkap dan marah-marah. Suspek kemudian pun turunkan tingkap dan tunjuk pistol mainan ke arahnya.”

Beliau berkata, suspek ditahan kira-kira 7 malam tadi selepas laporan polis dibuat berdasarkan klip video 34 saat yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan pemandu SUV merah mengacukan pistol di lebuh raya.

“Suspek mengaku dia individu sama dalam video itu,” kata Hoo sambil menambah polis merampas dua pistol mainan dan SUV suspek.

Menurutnya,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post