
Sembilan individu disyaki berperanan sebagai keldai akaun berkait kegiatan penipuan dalam talian ditahan polis dalam operasi bersepadu di sekitar Muar kelmarin.
Semua suspek termasuk dua wanita berusia antara 24 hingga 59 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Muar.
Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kesemua mereka dipercayai menjadi keldai akaun dengan menyerahkan kad ATM dan butiran perbankan kepada sindiket penipuan dalam talian.
Menurutnya, mereka kemudiannya menggunakan butiran perbankan suspek sebagai medium penerimaan wang daripada mangsa, hasil penipuan dilakukan.
“Berdasarkan hasil siasatan awal, pembabitan suspek dengan akaun yang digunakan dalam aktiviti penipuan itu dikesan berlaku sepanjang tempoh Disember 2024 hingga Oktober…