
Ahli politik Britain pro-Palestin yang kontroversi, George Galloway memuji rakyat Malaysia atas tindakan memboikot syarikat didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, sambil mendakwa aktivisme di negara ini lebih kuat berbanding di banyak negara Islam lain.
Bekas Ahli Parlimen Parti Buruh itu berkata, berdasarkan pemerhatiannya, rangkaian popular seperti Starbucks dan McDonald’s kelihatan ‘lebih lengang’ berbanding cawangan di negara-negara Arab.
“Kebanyakan negara di dunia ini tidak seperti Malaysia, yang begitu komited terhadap isu Palestin,” kata Galloway pada satu acara di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam Lanjutan (IAIS) Malaysia di sini.
“Saya tidak suka mengatakan perkara ini kepada anda, tetapi terdapat jauh lebih ramai orang yang duduk di Starbucks dan McDonald’s di…