Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selamatkan anak hampir lemas, bapa hilang dihanyut arus

today17 January 2026

Background


bapa lemas di Sungai Lebir, Gua Musang JBPM pic 17126
Bomba berkata mangsa tenggelam dan dihanyutkan arus di Sungai Lebir, Gua Musang. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:

Seorang lelaki dilaporkan hilang apabila dihanyutkan arus selepas sempat menyelamatkan anaknya yang hampir lemas di Sungai Lebir, Gua Musang.

Mangsa, Mohamad Fakarudin Abdul Halim@Awang, 40, dikatakan tenggelam dan dikhuatiri lemas selepas berjaya menolak anak lelakinya yang berusia tujuh tahun ke atas tebing sungai.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika dua beranak itu sedang mandi-manda bersama keluarga di sungai berkenaan, lapor Berita Harian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Nik Mohd Fakri Md Nawi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.04 petang tadi berhubung kejadian.

Katanya, lapan anggota bersama dua jentera dari BBP Gua Musang bergegas ke lokasi dan mangsa dilapor berjaya menyelamatkan anaknya yang hampir lemas.

Menurutnya, namun mangsa tenggelam dan dihanyutkan sehingga tidak dapat dikesan kerana arus deras serta air sungai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post