
Setiausaha Agung Barisan Nasional, Zambry Abdul Kadir, menegur seorang pemimpin MCA atas kritikan “tidak beradab” terhadap Pengerusi Zahid Hamidi, mengingatkan bahawa pemimpin politik seharusnya beradab dalam menyampaikan pandangan.
Zambry berkata ketidaksepakatan tidak memberi lesen untuk mengabaikan tatacara dan etika yang dipersetujui bersama.
“Teguran yang berhemah, bernada lunak dan berlandaskan fakta jauh lebih berkesan daripada kenyataan terbuka yang bersifat mencabar dan mengguris,” katanya kepada FMT.
Zambry berkata lebih mendukacitakan apabila kenyataan sedemikian daripada seorang pemimpin yang memegang jawatan penting dalam parti komponen BN.
Beliau menjawab kritikan Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng, bahawa tindakan Zahid tidak melayakan beliau untuk terus menerajui BN,…