
Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag dengan majoriti memberangsangkan, menurut keputusan rasmi PRK.
Kerusi Kinabatangan dan Lamag sebelum ini disandang Bung Moktar Radin, yang berkhidmat selama enam penggal berturut-turut sebelum meninggal dunia pada Disember 2025.
Bagi Parlimen Kinabatangan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Kurniawan Naim Moktar menang dengan kelebihan 14,214 undi, untuk menewaskan Saddi Abdul Rahman dari Warisan dan calon Bebas, Goldam Hamid.
Pada PRU15, Bung mempertahankan Kinabatangan dengan majoriti 4,330 undi, dicabar oleh Mazliwati.
Di DUN Lamag pula, Ismail Ayob menang dengan kelebihan 5,681 undi, selepas meraih 7,269 undi untuk menewaskan Mazliwati Abdul Malek dari Warisan (1,588).
Pada PRN tahun lalu, Bung mempertahankan Lamag dengan majoriti tipis 153 undi, diikuti rapat…