Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga emas maut dalam kebakaran rumah

today25 January 2026

Background


Seorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia dalam kebakaran di Kota Bharu, petang tadi, menurut bomba. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:

Seorang wanita warga emas berusia 89 tahun maut selepas kediamannya musnah hampir sepenuhnya dalam satu kebakaran berhampiran Jalan Tok Guru, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Satyuti Satar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui Sistem NG999 pada 5.58 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata jentera bomba tiba pada 6.01 petang dengan kekuatan 27 anggota, dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis sementara berkeluasan kira 5×5 meter persegi dengan kemusnahan dianggarkan 98%.

“Kebakaran itu mengakibatkan seorang mangsa perempuan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita.

Bomba turut mendapatkan bantuan daripada balai bomba berhampiran bagi memastikan kebakaran dapat dikawal dengan segera. Punca kebakaran dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post