
Banyak negara menurunkan nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah daripada tahap berjaga-jaga tertinggi selepas keselamatan semakin terjamin, kata Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan.
“Alhamdulillah, daripada 25 negara itu, banyak negara yang sudah pun mengurangkan tahap nasihat perjalanan kepada rakyat mereka, daripada Tahap Tiga ke Tahap Dua, maknanya boleh dilawati tapi masih disebut supaya berhati-hati,” katanya ketika menjawab soalan Verdon Bahanda (bebas-Kudat) di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, Sabah sebelum ini tertakluk kepada nasihat perjalanan ketat atas kebimbangan meluas terhadap penculikan untuk tebusan dan lanun.
“Penculikan untuk tebusan dan lanun sangat aktif di Sabah. Banyak negara mengeluarkan nasihat perjalanan. Kira-kira 25 negara menilai ia pada Tahap Tiga, yang pada dasarnya…