
Bagi pelajar di sekolah dalam komuniti ladang pendidikan dibentuk bukan hanya melalui buku teks dan jadual waktu tetapi dipengaruhi persekitaran pembelajaran, kemudahan bilik darjah serta tahap keselamatan dan keselesaan.
Menyedari hakikat itu, program Sekolah Angkat Madani diperkenalkan kerajaan memainkan peranan penting dengan menghimpunkan sekolah, agensi kerajaan dan syarikat korporat bagi mempertingkatkan persekitaran pembelajaran serta merapatkan jurang pendidikan, khususnya dalam kalangan komuniti memerlukan.
Bagi SD Guthrie Berhad (Guthrie), penyertaan dalam program itu bukan sekadar memenuhi keperluan tanggungjawab sosial korporat, sebaliknya menjadi sebahagian usaha memperkasa komuniti di sekitar operasinya.
Melalui inisiatif Sekolah Angkat Madani, Guthrie menyokong 3,699 pelajar…