Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 ditahan berkait kes bunuh lelaki Myanmar

today30 January 2026

Background


garisan polis dilarang melintas
Majikan mendapati pintu rumah dalam keadaan terbuka sebelum menemui mangsa terbaring di bahagian dapur dengan lokasi kejadian dianggarkan kira-kira 1.5km dari jalan utama.
IPOH:

Seorang lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun ditemukan maut dengan kesan kecederaan di perut dan leher di sebuah rumah kebun berhampiran kolam ikan di Kampung Kelawar, Tanjong Malim, hari ini.

Ketua Polis Muallim, Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 11 pagi daripada seorang lelaki tempatan yang juga majikan mangsa selepas menemui mayat mangsa ketika membuat lawatan ke kawasan kebun berkenaan.

Beliau berkata, semasa lawatan itu, majikan mangsa mendapati pintu rumah dalam keadaan terbuka sebelum menemui mangsa terbaring di bahagian dapur dengan lokasi kejadian dianggarkan kira-kira 1.5km dari jalan utama.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa berlumuran darah dan masih berpakaian lengkap. Kecederaan parah dipercayai akibat ditikam menggunakan sebilah parang di bahagian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post