
Sebuah kumpulan pro-ketelusan mencadangkan supaya Rang Undang-Undang Pendanaan Politik yang telah lama tertangguh di Malaysia merangkumi peruntukan untuk melindungi identiti penderma kecil, sambil mendedahkan nama mereka yang memberi sumbangan wang yang besar.
Menurut Transparency International Malaysia (TI-M), langkah ini penting bagi menangani kebimbangan bahawa individu yang menderma kepada parti pembangkang mungkin berdepan tindakan balas.
Presiden TI-M, Raymon Ram mencadangkan supaya identiti penderma yang menyumbang kurang daripada RM10,000 setahun dirahsiakan. Hanya nama penderma yang menyumbang lebih RM10,000 setahun wajar didedahkan kepada umum, katanya kepada FMT.
Raymon mengulas cadangan terbaharu Ahli Parlimen Subang Wong Chen yang mencadangkan had sumbangan politik bagi mengelakkan individu yang mempunyai wang atau akses wang…