
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank didenda RM220,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 20 pertuduhan pilihan menerima suapan berjumlah RM211,636 antara Mei 2018 hingga September 2022.
Mohamad Faqih Mustapha, 37, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Dia dituduh menerima antara RM880 hingga RM16,723, yang dimasukkan ke dalam akaun bank adik perempuannya menerusi 19 transaksi dan satu transaksi ke dalam akaun banknya sendiri sebagai upah kerana membantu firma-firma guaman memperoleh rujukan kes pinjaman perumahan dengan sebuah bank semasa bertugas sebagai pengurus jualan.
Lelaki itu tidak melaporkan tanpa halangan munasabah pemberian suapan tersebut kepada…