
Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku pemegang saham minoriti tidak dapat mempengaruhi keberhasilan usaha Sunway Bhd (Sunway) mengambil alih IJM Corporation Bhd (IJM), jelas timbalan perdana menteri.
Fadillah Yusof menerangkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu hanya salah satu pemegang saham dalam IJM, dan setiap pemegang saham akan menilai tawaran am terbuka secara individu selaras amalan biasa pasaran modal.
“Tawaran daripada Sunway hanya akan berjaya jika lebih daripada 50% pemegang saham IJM menerima tawaran tersebut,” katanya semasa menggulung perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat.
“Sebagai pemegang saham minoriti IJM dengan pegangan kurang daripada 13.5%, PNB tidak dapat mempengaruhi sama ada tawaran Sunway akan berjaya atau tidak.”
Dalam pada itu, Fadillah menerangkan…