
seorang setiausaha badan bukan kerajaan (NGO) ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalah guna kuasa dengan menyeleweng dana milik NGO ditempatnya bekerja berjumlah kira-kira RM4.2 juta.
Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama tiga hari sehingga 7 Feb selepas permohonan dibuat SPRM di hadapan Majistret Ezrene Zakariah pagi tadi.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan pemilik sebuah syarikat makanan disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024.
“Suspek dipercayai telah melulus dan memindahkan dana NGO berjumlah kira-kira RM4.2 juta ke dalam akaun dua buah syarikat lain bagi tujuan pelaburan di…