Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tiada bahagian di Kluang, Muda nafi 100 ahli sertai Umno

today7 February 2026

Background


Ainie Haziqah- SUA
Setiausaha Agung Muda Ainie Haziqah berkata semakan sistem keahlian parti mendapati bahagian Kluang tidak pernah didaftarkan, apatah lagi mampu mempunyai ahli seramai itu.
PETALING JAYA:

Muda belum ditubuhkan secara rasmi di Kluang dan menafikan dakwaan bahagian itu ‘terbubar’ selepas 100 ahli keluar parti untuk menyertai Umno.

Ia susulan kenyataan Shikh Mohd Farkhann, mendakwa dirinya bekas ketua Muda Kluang, semalam berkata bahagian itu tidak lagi berfungsi selepas kira-kira 100 ahlinya “meneruskan perjuangan” bersama Pemuda Umno.

Setiausaha Agung Muda, Ainie Haziqah, berkata semakan sistem keahlian parti mendapati bahagian Kluang tidak pernah didaftarkan, apatah lagi mampu mempunyai ahli seramai itu.

“Melalui semakan sistem keahlian Muda, bahagian Kluang sama sekali tidak pernah ditubuhkan.

“Maka, berita yang disiarkan tersebut adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Shikh dilaporkan Berita Harian sebagai berkata, mereka menyertai Umno…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Azureen Zainal


Previous post