Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suhaimi Sulaiman lepas jawatan KP penyiaran hujung bulan ini

today10 February 2026

Background


Suhaimi Sulaiman mengesahkan melepaskan jawatan sebagai ketua pengarah Penyiaran Malaysia selepas tiga tahun menerajui jabatan itu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman mengesahkan akan meninggalkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkuat kuasa akhir bulan ini, selepas tiga tahun menerajuinya sejak Januari 2023.

Mengesahkan perkara itu kepada Bernama, Suhaimi berkata pengunduran beliau daripada jabatan itu adalah keputusan peribadi selepas membuat pertimbangan terperinci terhadap hala tuju peribadi, selain mahu melangkah ke fasa baharu dalam hidup.

“Saya kini berusia 64 tahun. Sebelum ini saya sudah bersara, kemudian dipelawa untuk membantu RTM. Pada saya, perkara ini (melepaskan jawatan) sesuatu yang biasa dalam pekerjaan.

“Ini pengunduran awal, kontrak saya akan habis pada tahun depan. Pejabat Menteri Komunikasi juga sudah maklum dengan pengunduran saya ini,” katanya ketika dihubungi.

Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post