

Bekas menteri Rafizi Ramli akan menulis surat kepada Bersih bagi mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan dilaporkan Bloomberg.
Rafizi berkata beberapa pihak telah menghubunginya dan menggesa supaya beliau menganjurkan satu demonstrasi awam.
“Namun saya berpendapat Bersih pihak paling sesuai memimpin perhimpunan ini dan kita akan serahkan kepada mereka untuk menentukan tarikh,” katanya kepada pemberita.
Bloomberg sebelum ini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Bhd, bersamaan 1.7%, berdasarkan penyata tahunan syarikat yang difailkan pada 3 Februari tahun lalu.
Laporan itu turut menyebut nama Azam tersenarai dalam daftar pemegang saham syarikat yang diselenggara oleh…