

Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pegangan saham Azam Baki perlu menyiasat dakwaan pakatan sulit pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan ahli perniagaan dalam pengambilalihan paksa syarikat pesaing, kata Pengerusi Biro Undang-undang DAP Ramkarpal Singh.
Menurutnya, jawatankuasa itu berisiko dilabel ‘harimau tanpa taring’ yang tidak mungkin mendedahkan maklumat lebih daripada versi peristiwa dinyatakan Azam kerana tiada kuasa mendapatkan dokumen atau memaksa saksi tampil memberi keterangan dan mungkin berakhir dengan kesimpulan terhad.
“Jawatankuasa itu berisiko dilabel tidak berkesan. (Laporannya mungkin) hampir sama dengan apa dilakukan Jawatankuasa Siasatan Bebas dalam kes tujuh pemain bola sepak warisan dikenakan larangan Fifa baru-baru…