

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Razali Idris menafikan khabar angin bahawa pemecatan Hamzah Zainudin daripada parti merupakan keputusan tergesa-gesa.
Razali yang juga ketua Bersatu Terengganu menegaskan, pemecatan timbalan presiden itu dilakukan secara berhemah dan mengikut perlembagaan parti.
“Pemecatan Hamzah dilakukan bukan secara tergesa-gesa, sebaliknya siasatan serta peluang membela diri sudah diberikan Lembaga Disiplin parti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Pimpinan Bersatu negeri di Kuala Terengganu hari ini, lapor Berita Harian.
Sabtu lepas, Noh Omar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli MPT susulan pemecatan Hamzah dan 16 pemimpin parti yang lain.
Dalam pengumumannya, Noh berkata, beliau kecewa lembaga disiplin…