Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KPM terus libat urus pengusaha tadika, ibu bapa perjelas isu murid Tahun 1

today18 February 2026

Background


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun 1 adalah bersifat pilihan dan bukan mandatori. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:

Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta serta ibu bapa bagi memberikan penjelasan perkara berbangkit berhubung kemasukan murid Tahun 1 pada usia enam tahun.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya sentiasa terbuka menerima pandangan dibangkitkan oleh mana-mana pihak termasuk pengusaha tadika swasta yang dilaporkan belum berpuas hati dengan beberapa aspek dasar berkenaan.

Beliau berkata, jika masih terdapat isu belum diselesaikan, KPM tidak mempunyai masalah untuk mengadakan sesi libat urus susulan bagi memastikan setiap persoalan dapat diperjelaskan.

“Kita sangat prihatin kepada semua isu yang dibangkitkan semasa sesi libat urus yang telah berlangsung. Jika masih terdapat isu berbangkit kita akan adakan sesi itu lagi,” katanya kepada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Paula lawan buli siber

Dubai: Paula Badosa menyelar komen dalam talian yang disifatkannya sebagai ‘tidak menghormati’ dan berikrar untuk terus berjuang dalam kariernya yang sering diganggu kecederaan selepas masalah paha kanan memaksanya menarik diri pada Kejohanan Tenis Dubai.

today18 February 2026