Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Suara Fattah Amin Didakwa Tenggelam? Ini Penjelasan Amira Othman

today20 February 2026

Background

Penyanyi, Amira Othman tampil menjelaskan isu membabitkan suara suaminya, aktor Fattah Amin yang dikritik kononnya ‘tenggelam’ ketika mereka berduet menerusi lagu For The Rest of My Life versi Bahasa Melayu.

Menerusi ruangan komen pada hantaran berkenaan, Amira atau nama lengkapnya, Nadia Amira Othman, 33, berkata situasi itu berlaku kerana Fattah sendiri memilih untuk tidak menyanyikan melodi utama.

“Suara Fattah bukan tenggelam. Dia memang tak nak nyanyi bahagian utama, hanya ambil harmoni sahaja.

“Dia minta saya bawakan melodi utama. Jadi bahagian harmoni itu akan ‘layer’ dengan melodi utama,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemerduan vokal Amira yang disifatkan lembut dan sesuai digandingkan bersama Fattah dalam konsep tersebut.

Written by: Salma


Previous post