

Waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik akan ditingkatkan kepada 608 jam bagi tempoh enam tahun persekolahan sekolah rendah menjelang kurikulum persekolahan 2027 (KP2027).
Ketika ini, Malaysia merekodkan PdP matematik sekitar 576 jam yang mengikut laporan Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) 2024 sebagai paling rendah berbanding Filipina, Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam.
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata waktu itu kan kembali ditingkatkan kepada 3.5 jam seminggu bagi Tahap 1 dan 3 jam seminggu bagi Tahap II dan Tahap III.
“Hal ini menunjukkan pertambahan peruntukan waktu daripada 576 jam bagi tempoh enam tahun persekolahan kepada 608 jam iaitu tambahan sebanyak 32 jam.
“Langkah ini memberi lebih peluang kepada murid untuk memahami konsep matematik secara mendalam dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi harian.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: