

Mahkamah Rayuan membebaskan kerajaan daripada tanggungjawab dalam saman kecuaian difailkan sebuah syarikat pengedar filem susulan penyiaran filem Hindi popular ‘Boss’ oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) lapan tahun lalu.
Hakim Evrol Mariette Peters berkata Supreme Broadcast International Sdn Bhd tidak mengemukakan sebarang bukti untuk membuktikan dakwaan kerugian sebanyak USD30,000.
Menurutnya, syarikat itu hanya menuntut semula kos asal dibayar bagi mendapatkan hak pengedaran filem berkenaan, sedangkan kaedah itu tidak diiktiraf sebagai asas tuntutan ganti rugi dalam kes kecuaian.
Beliau berkata demikian ketika panel tiga hakim membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Panel tersebut dipengerusikan Hakim Zaini Mazlan bersama Alwi Abdul Wahab.
Dalam alasan penghakimannya, Peters menjelaskan tiada penilaian ganti rugi yang dibuat secara sewajarnya…