Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

55 jemaah umrah Malaysia terkandas di Jeddah

today28 February 2026

Background


iran tehran
Ketegangan di Timur Tengah meningkat susulan serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada Sabtu yang menyebabkan penutupan ruang udara di beberapa bahagian rantau itu. (Gambar EPA Images)
KUALA LUMPUR:

Kira-kira 55 jemaah umrah Malaysia di bawah kendalian sebuah agensi terkandas di Jeddah selepas penerbangan pulang mereka yang dijadualkan awal pagi Sabtu dibatalkan.

Seorang jemaah, Nasarudin Kassim, 57, memaklumkan mereka sepatutnya berlepas pulang ke tanah air pada 1 pagi waktu tempatan, namun dimaklumkan pembatalan itu oleh syarikat penerbangan pada 8 malam sebelumnya.

Beliau berkata, kumpulan jemaah itu kini ditempatkan sementara di sebuah hotel di Jeddah oleh syarikat penerbangan sementara menunggu jadual penerbangan seterusnya.

Selain kumpulan dari agensi itu, terdapat beberapa kumpulan jemaah dari agensi lain turut terkesan dan ditempatkan di hotel sama.

Nasarudin berkata, berdasarkan maklumat terkini, mereka dijadualkan berlepas pulang melalui penerbangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post