

Kerajaan berusaha mempertahankan harga subsidi petrol RON95 pada harga semasa RM1.99 seliter meskipun pasaran global menghadapi ketidaktentuan susulan situasi terkini konflik di Timur Tengah.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan, berkata kenaikan harga minyak mentah global berikutan sekatan ke atas Selat Hormuz dijangka memberi kesan kepada negara.
“Insya-Allah, untuk rakyat Malaysia saya akan cuba mempertahankan supaya tidak ada kenaikan harga minyak.
“Kita akan bertahan semaksimumnya tapi, wallahualam, (pasaran) ini tak terkawal, kalau keadaannya menjadi sehingga luar daripada kawalan kita, itu (jika berlaku kenaikan harga) tidak dapat kita pastikan,” katanya menurut Bernama di Kompleks Seri Perdana.
Pada Ahad, pasaran global berhati‑hati pada Ahad susulan tindakan ketenteraan AS ke atas Iran dan risiko geopolitik yang meningkat.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: