Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Keputusan SPM 2025 31 Mac ini

today9 March 2026

Background


spm
Sebanyak 413,299 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.

KPM dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM 2025 di sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh tersebut,” kata kenyataan itu.

Bagi calon persendirian, KPM memaklumkan mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

Menurut kenyataan itu, pihak sekolah diminta memastikan pengurusan penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post