

PKR Kedah tidak pernah membincangkan calon menteri besar termasuk mengangkat pengerusi sebuah NGO, Zuraidi Rahim sebagai ‘poster boy’ parti itu pada PRN akan datang.
Ahli Majlis Pimpinan PKR Kedah, Nor Azrina Surip turut berkata agak mustahil menamakan pengerusi Persatuan Anak Muda Madani Kedah itu memandangkan beliau baharu diterima semula keanggotaannya, Ogos tahun lalu.
“Beliau diterima semula dengan bersyarat dan tidak tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam parti selama tiga tahun.
“Dengan penerimaan bersyarat itu, janggal untuk beliau dipilih menjadi calon (pilihan raya) dan mustahil menjadi calon menteri besar,” katanya kepada FMT.
Nor Azrina turut menekankan fokus PKR Kedah kini untuk menjalankan sedaya upaya politik khidmat kepada rakyat.
“Calon MB adalah keputusan parti.
“Dalam prinsip dan adab berorganisasi, individu…