

Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin menegaskan parti itu tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan DAP sekali gus menjawab syarat dikemukakan Noh Omar.
Justeru, beliau merancang bertemu bekas ketua Umno Selangor itu dalam masa terdekat berkaitan ‘Rumah Bangsa’.
“Saya fikir tak apa, Noh saya sendiri akan jumpa. Saya percaya sempena Ramadan atau Hari Raya Aidilfitri nanti, kami akan bertemu,” katanya kepada FMT.
Pada 10 Mac lalu, Noh menyatakan kesediaan kembali ke pangkuan Umno bawah inisiatif ‘Rumah Bangsa’ dengan syarat parti itu menamatkan kerjasama dengan DAP.
Bekas ketua Umno Selangor itu berkata, pendiriannya berlandaskan prinsip perjuangan parti yang perlu dipertahankan, khususnya melibatkan kepentingan Islam dan hak orang Melayu sebagai asas Umno.
Pada masa sama, beliau menyatakan…