Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saman ART diteruskan walaupun mahkamah AS isytihar tarif tak sah, kata peguam

today25 March 2026

Background


Rosol Wahid, Fathul Huzir Ayob, Awang Hashim, Mas Ermieyati Samsudin, Abdul Khalib Abdullah
Saman difailkan Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Fathul Huzir Ayob (Gerik), Awang Hashim (Pendang), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Abdul Khalib Abdullah (Rompin).
PETALING JAYA:

Lima Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) meneruskan cabaran undang-undang mereka terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS (ART), menurut peguam mereka, walaupun Mahkamah Agung AS membatalkan tarif Donald Trump sebagai tidak sah.

S Karthigesan berkata perkara itu dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Firdaus Sidqi Sharil Azli, semasa pengurusan kes minggu lalu.

“Saman kami bukan semata-mata akademik kerana kami mahu mahkamah menentukan proses perlembagaan yang betul,” katanya kepada FMT.

Peguam Persekutuan Zulkiefli Sulaiman mewakili kerajaan.

Firdaus meminta penjelasan mengenai pendirian plaintif — Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Fathul Huzir Ayob (Gerik), Awang Hashim (Pendang), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Abdul Khalib Abdullah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post