

Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, menasihati Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar menyelesaikan pertikaian dalaman sebelum menuduh kerajaan kurang mengadakan sesi libat urus berhubung pelaksanaan Akta Pekerja Gig.
Beliau menerangkan bahawa lebih 400 sesi libat urus dijalankan bersama pihak berkepentingan mengenai perkara tersebut, namun perpecahan dalaman MTUC menjadi penghalang kepada perbincangan.
“Apabila kami mengundang mereka untuk berbincang, pasukan A akan menyokong sesuatu langkah manakala pasukan B akan menolak. Apabila pasukan B menyokong, pasukan A pula menolak. Bagaimana kami hendak urus masalah ini?
“Saya tidak mahu bertengkar dengan MTUC. Biar mereka selesaikan masalah sendiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan ahli Tribunal Pekerja Gig dan Majlis Penasihat Gig.
Pada 30 Mac, Setiausaha…