

Bekas menteri Abdul Rahman Dahlan meletak jawatan sebagai ketua Umno Tuaran tetapi kekal sebagai ahli majlis kerja tertinggi (MKT) parti.
Bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu bagaimanapun menafikan beliau bertindak demikan kerana wujud masalah dalam Umno Sabah, sebaliknya ingin memberi peluang kepada orang baharu.
Menurutnya, dalam keadaan politik sekarang Umno Sabah memerlukan pemimpin ‘berdarah muda’ untuk memastikan kelangsungannya.
“Saya pun sudah berkecimpung dalam Umno malah 10 tahun sebelum parti itu masuk Sabah dengan penubuhan Kelab Umno California
“Saya telah bincang dengan semua kawan-kawan (dalam Umno) dan mereka faham, dalam keadaan politik sekarang kena bagi laluan kepada orang baharu.
“Tetapi saya kekal sebagai ahli MKT Umno,” kata bekas timbalan ketua Umno Sabah itu kepada FMT.
Peletakan jawatan Abdul Rahman berkuat kuasa 1 April lepas dan…