

Malaysia menzahirkan penghargaan terhadap keputusan Iran yang membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz.
Penghargaan itu dizahirkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam pertemuan bersama Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi di sela-sela Dialog Kuala Lumpur-Ankara 2026, hari ini.
“Langkah ini amat penting dalam memastikan kelangsungan bekalan tenaga sekali gus membantu mengekang tekanan terhadap kos sara hidup rakyat dan menyokong kestabilan ekonomi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Media melaporkan enam lagi kapal Malaysia yang masih terkandas di Selat Hormuz ketika ini akan dibenarkan melalui perairan itu secara berperingkat.
Sebelum ini, Kementerian Luar mengesahkan sebuah daripada tujuh kapal milik Malaysia yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz susulan…